Tempat menarik di Selangor jarang kita dengar, kerana ramai penulis fokus mengenai tempat menarik di Melaka, Pulau Pinang dan Langkawi. Negeri Selangor tidak dapat dinafikan menjadi lubuk utama mencari rezeki di Malaysia dan ini menyebakan Selangor menyumbang hampir 25% pendapatan negara selain turut menyediakan air percuma. Apabila terdapat ramai pekerja disini maka sudah tentu ada banyak juga tempat menarik di Selangor yang boleh dikunjungi. Selain dipenuhi dengan bangunan bertingkat-tingkat terdapat banyak juga tarikan flora dan fauna disini.

Disebabkan ramai rakyat Malaysia suka makan maka kami mulakan tempat menarik di Selangor dengan tempat makan yang sedap di Selangor.

Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara

Tempat Menarik di Selangor - Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara

Tempat yang memang tidak asing lagi menjadi daya tarikan untuk pelajar UITM Puncak Alam, pekerja Top Glove dan penduduk Klang. Disini kambing yang dihidangkan kurang berbau dan dagingnya yang agak lembut dan berisi. Memang sesuai untuk peminat kambing. Potion disini yang banyak dan tidak mahal (RM10 boleh dapat kambing dan air). Menu lain terdapat disini ialah ayam penyet, leleq penyet, sup kambing dan bakso. Komen ikhlas kami, sedap dan tolong bersabar disebabkan memang kedai akan sentiasa penuh.

Lokasi: Jalan Kasim, Meru, 41050, Johor, 41050 Klang, Selangor

No Telefon: 014-636 0349

Satay Kajang Hj Samuri

Tempat Menarik di Selangor - Satay Kajang Hj Samuri

Kajang merupakan satu bandar yang agak sibuk dan padat. Selain terkenal dengan kertas kajang, satay Kajang juga sering menjadi bualan ramai. Menarik tentang satay kajang ialah aroma satay yang terletak padanya memang mengiurkan dan kuah kacang serta sambal memang satu kombinasi kombo yang mesra dan romantis. Kini satay kajang telah membuka banyak franchise maka jika yang mengidam satay kajang boleh dapatkan di hampir kesemua lokasi Rawat dan Rehat (R&R). Terbaharu anda boleh menikmati satay kajang di stesen MRT kajang.

Lokasi: Dimana-mana kawasan R&R dan waze je “Satay Kajang”

Operasi: Setiap hari (11.45am – 12am)

Aroma Ikan bakar, Jeram, Kuala Selangor

Tempat Menarik di Selangor - Aroma Ikan Bakar Jeram

Disini sering menjadi pilihan penggemar makanan laut yang segar dan antara carian utama dalam tempat menarik di Selangor. Lokasinya yamg menghadap laut, makanan laut yang segar dan harga yang menarik membuatkan Jeram sering menjadi hotspot untuk restaurant makanan laut. Terdapat pelbagai pilihan jenis ikan seperti ikan pari, ikan jenahak, ikan tenggiri, sotong, ketam dan lain-lain pengunjung pastinya akan rasa kepenatan dan tekanan kerja akan dapat dikurangkan apabila dapat menikmati makanan laut yang enak Bersama tersayang disini. Tips, sila rasa ketam masak cili disini !

Lokasi:  Jalan Jati, Jeram, 45800 Jeram, Selangor

No tel: 017-316 3117

Operasi: Setiap hari KECUALI Isnin (hari biasa 3pm-12am | hujung minggu 12pm-12am)

Mee Tarik Warisan Asli

Tempat Menarik di Selangor - Mee Tarik

Kenapa mee tarik? Ini disebabkan proses membuat mee disini yang masih mengekalkan kaedah tradisional dalam penyedian mee dengan menarik menggunakan jari sehingga menjadi satu-satu yang terlerai didalam mangkuk anda. Makanan ini berasal dari tanah besar China dan pembuat mee disini ialah bangsa Cina beragama Islam. Terdapat pelbagai pilihan jenis kuah dan cara masakan mee, termasuk hidangan berasaskan  nasi juga ada disini dan yang pastinya semua sedap. Keunikan rasa kuah dan mee memang cukup lemak cukup enak. Anda dinasihatkan untuk mencuba juga teh herba dari China (china-ba-boa-tea) yang mengandungi teh bunga Cina, kurma, dan beberapa lagi jenis buah yang wangi dan sedap. Jenama ini juga telah banyak franchise dibuka maka anda boleh mencarinya dimana-mana sekita Selangor.

Cendol Santan Sawit, Teluk Panglima Garang

Tempat Menarik di Selangor - Cendol Sawit Banting
Lokasi warung menjual cendol santan sawit

Tempat Menarik di Selangor - Cendol Sawit Teluk Panglima Garang

Disini mungkin ramai tidak tahu tentang keenakan cendol santan sawit disini tetapi bagi penduduk sekitar Klang, Teluk Panglima Garang dan Banting. Keenakan dan rasa lemak santan sawit tidak sama seperti santan kelapa kerana teksturnya yang pekat rasanya lebih lemak.

Lokasi: Jalan Bandar Lama, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor

Untuk lokasi seterusnya tempat menarik di Selangor ialah kategori sukan dan tempat riadah bersama kawan dan seisi keluarga.

Sunway Lagoon, Subang Jaya

Tempat Menarik di Selangor - Sunway Lagoon Resort

Disini merupakan taman tema air yang terbesar dan tergempak di Asia Tenggara. Terdapat 6 buah taman tema disini (Nickelodeon Lost Lagoon, Sunway Lagoon Water Park, Sunway Lagoon Amusement Park, Sunway lagoon Wildlife Park, Sunway Lagoon Extreme Park dan Sunway Lagoon Scream Park). Untuk senarai tiket dan sewaan lain2 anda boleh klik disini. Secara amnya servis disini cekap, kualiti dan memuaskan. Permainan disini juga amat berpuas hati anda tidak akan pernah rasa bosan dalam mencuba segala permainan yang terdapat disini. Anda dinasihatkan untuk memakai baju renang yang sepatutnya dan bagi muslim untuk menjaga aurat anda boleh memakai baju renang yang ada banyak di pasaran yang menutup aurat. Kami cadangkan anda untuk mandi manda dahulu sebab mandi sewaktu matahari tegak amat tidak menyeronokkan. Pastikan anda hanya membawa barangan berharga sahaja.

Lokasi:  Sunway Lagoon Theme Park, Bandar Sunway

No tel: +603 5639 0000

Ice Skating

Tempat Menarik di Selangor -Ice Skating

Walaupun negara kita beriklim khatulistiwa tetapi kita harus bersyukur terdapat dua tempat kita berpeluang bermain ice skating sepanjang tahun. Dua tempat yang kami maksudkan adalah di Sunway Pyramid dan IOI Mall Putrjaya. Anda dinasihatkan untuk datang bermain disini bukan pada waktu puncak untuk mengelakkan bermain sewaktu ramai orang. Bukan apa, kalau jatuh nanti maluu ! haha. Tips jimat disini ialah bawa sarung tangan anda sendiri berserta stoking. Bagi mereka yang sudah ada asas bermain kasut roda pasti tidak akan mengalami sebarang masalah. Kalau nak seronok main selepas gelanggang ais baru saja digilap kerana akan lebih kering dan selesa untuk bermain. Harga tiket SP – (RM20 – RM28) dan IOI – (RM30 -RM35)

Lokasi: 1. Sunway Pyramid, Subang Jaya 2. IOI Mall Putrajaya

Skytrex Shah Alam

Tempat Menarik di Selangor -Skytrex Shah Alam

Terletak di Taman Botanikal Negara Shah Alam, TBNSA. TBNSA merupakan tempat menarik di Selangor yang wajib dikujungi kerana disini akan dapat melihat flora dan fauna dengan lebih dekat dan boleh memilih melakukan aktiviti lasak di Skytrex Shah Alam. TBNSA seluas 42 hektar memang mampu memberikan anda ilmu dan pengalaman yang cukup. Tak perlu pergi jauh, Shah Alam je ! Di Skytrex Shah Alam   menawarkan pelbagai pilihan kepada mereka yang suka kan aktiviti lasak. Antaranya ialah :

  • Big thill

-Terdapat 23 cabaran yang perlu ditempuhi dalam masa 1 jam 30 minit – 2 jam.

-Bayaran untuk 12 tahun ke atas adalah RM45/pax dan 12 tahun ke bawah RM25/pax.

  • Little Adventure

-Terdapat 15 cabaran yang perlu ditempuhi dalam masa 30minit-1 jam

-Bayaran adalah RM35/pax bagi semua peringkat umur

  • Extreme Challenge

-Terdapat 21 cabaran yang perlu di tempuhi dalam masa 1 jam 30 minit – 2 jam.

– Bayaran adalah RM50/pax bagi semua peringkat umur

Lokasi: Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, 40000 Shah Alam

Tel No: 013-276 9841

Jump Street Trampoline Park, Petaling Jaya

Tempat Menarik di Selangor -Jump Street Trampoline Park

Antara sukan terbaru yang mula digemari oleh rakyat Malaysia ialah anda boleh lihat disini ! Anda boleh menafikan daya graviti disini buat sementara waktu kerana anda akan terus terapung di udara ketika melompat. Minimum umur disini ialah 3 tahun dan bebas bermain dimana sahaja tetapi terdapat juga gelanggang untuk kanak-kanak sahaja demi memastikan keselamatan mereka ketika bermain. Tempat menarik di Selangor ini mempunyai tiket harga agak mahal dan mohon pihak pengurusan disini mampu memberikan harga yang berpatutan. Harga bermula dari RM22 – RM27 / jam. Anda dikehendaki membeli stokin grip disini dan ianya boleh dipakai pada kunjungan seterusnya.

Lokasi: 8, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya

Tel No:  03-7969 1051

Tadom Hill

Tempat Menarik di Selangor -Tadom Hill

Nama yang tidak asing lagi dalam tempat menarik di Selangor yang menjadi salah satu tempat para pengunjung melarikan diri dari kesibukan kota dan tekanan kerja. Sebuah resort yang amat sesuai untuk meluangkan masa bersama disamping keluarga dan sahabat andai dikelilingi alam semula jadi tasik gua kapur. Tempat yang anda boleh santai, berhibur dan melakukan aktiviti darat dan air dalam satu tempat.

Terdapat pelbagai kemudahan yang anda boleh dapati disini seperti challey, khemah, ATV, flying fox dan lain-lain. Nasihat ikhlas dari kami pastikan anda rancang betul-betul trip kesini kerana disini selalu mendapat tempahan yang tinggi setiap minggu. Anda juga boleh memilih tempat tinggal disini mengikut kesesuaian anda dan harga. Yang penting pemandangan dan servis disini memang berbaloi dengan harga yang anda bayar.

Lokasi: Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor

Tel No: 012-522 5728

 

Lagi artikel menarik:

Comments

comments

Categories: Travel