Terdapat banyak tempat menarik di Sabah atau turut dikenali sebagai negeri di bawah bayu. Maka hari ini kami akan berkongsi fakta tempat menarik di sini. Perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam (lebih tepat 2 jam 35min) memang berbaloi kerana pemandangan luar tingkap menaiki Malaysia Airlines sangat menarik. Layanan menarik dan tempat selesa memang memberikan satu aura positif untuk melawat negeri Sabah. Setibanya di Sabah anda dikehendaki untuk melalui pendaftaran dan pemeriksaan di Kastam. Ingat eyh sila simpan kertas passport sementara anda semasa berada di Sabah. Tips jimat kami ialah dengan mencari kereta sewa yang disediakan oleh pelajar UMS dan anda boleh cari mereka dengan carian di Facebook. Kalau 4 orang boleh sewa saga tapi kalau 6 orang dinasihatkan sewa van ! hahaha. Pastikan juga anda membawa duit tunai secukupnya kerana dikhuatiri sukar untuk mencari mesin ATM. Untuk yang terakhir pastikan anda selalu ingat bahawa anda di Sabah ! Subuh pada 4.30 pagi dan maghrib pada 6.30 petang.

Cukup dengan tips maka kami mulakan dengan tempat menarik di Sabah. Tiada ranking untuk tempat menarik disini kerana semuanya terbaik Cuma susunan ini adalah untuk memudahkan anda merancang percutian kerana ia bermula dengan tempat berhampiran dengan lapangan terbang KK.

Masjid Kota Kinabalu

Tempat menarik di sabah - Masjid Kota Kinabalu

Menjadi tempat menarik di Sabah kerana seni rekanya dan binaanya yang terletak di tengah-tengah lagun/tasik buatan manusia. Ia menampakkan seakan-akan terapung. Masjid di sini agak luas dan besar dan ada kemudahan untuk mesin ATM dan bot pedal untuk mengelilingi persekitaran masjid.

Lokasi:

Marine Museum Sabah

Tempat menarik di sabah - Muzium Marin

Sabah sememangnya terkenal dengan kehidupan lautnya. Maka apasalah jika anda membawa anak anda kesini untuk lebih mengenali mengenai kehidupan laut. Disini terdapat dua slot masa yang harus anda nantikan iaitu pada jam 9am sehingga 12.30pm untuk pertunjukan video mengenai flora dan fauna dalam alam lautan. Slot yang paling dinantikan adalah slot 2 petang hingga 4 petang dimana penjaga haiwan disini akan memberikan makanan kepada haiwan-haiwan laut disini. Tentunya anak anda akan teruja dengan kecomelan haiwan laut disini.

Lokasi: bah

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari KECUALI Ahad dan cuti umum. (9am-4pm)

Harga tiket: Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM5 (Pastikan anda membawa Mykad untuk harga tertera)

Pantai Tanjug Aru

Tempat menarik di sabah - Pantai Tanjung Aru

Terletak hanya dalam 6 Km dari bandar KK, ia menjadi tempat menarik di Sabah kerana sering menjadi tempat untuk bersiar-siar dan berkelah bersama rakan dan kawan. Pantainya yang cantik pasti membuat mata anda tenang melihatnya. Disini anda boleh menikmati makanan di gerai sekitar pantai Tanjung Aru ini.

Lokasi:Pantai Tanjung Aru

Rumah Terbalik Tamparulli

Tempat menarik di sabah - Rumah Terbalik Tampurulli

Sila rasai pengalaman untuk berada di persekitaran yang terbalik dari bilik air, pasu bunga dan perabot. Satu pengalaman yang mind blowing jika ianya pengalaman pertama anda. Jika anda sudah merasai atau pernah pergi ke rumah terbalik yang lain anda boleh skip tempat ini.

Lokasi: Rumah Terbalik Tamparuli, Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli 89250 Sabah

Waktu  Operasi: Setiap hari | 7am – 7pm

Harga Tiket: Dewasa-RM10.60 | Kanak-kanak-RM5.30 | bawah 3 tahun adalah percuma

Jambatan Tamparulli

Tempat menarik di sabah - Jambatan Gantung Tampurulli

Berdekatan dengan rumah terbaik anda boleh dating kesini untuk merasai pengalaman menyusuri jambatan tamparulli. Bagi mereka yang ingin hilangkan gayat anda boleh datang kesini. Jambatan ini juga sesuai dijadikan tempat untuk menagkap gambar. Semestinya ia menjanjikan gambar yang menarik untuk dimuat turun di FB dan Ig. Hehehe. Dalam perjalanan ke sini jangan lupa untuk mencuba air kelapa laut bakar yang terletak di sekitar gerai-gerai di tepi jalan. Sedap!

Lokasi: bah

Monospiad Cultural Village

Tempat menarik di sabah - Monsopiad Heritage Village

Kalau anda tertanya-tanya dimana tempat anda boleh menyumpit atau meniup sumpit. Maka disini lah jawapannya. Kalau yang lemah semangat tidak digalakkan masuk kesini kerana terdapat banyak tengkorak diletakkan di pagar setiap rumah dalam kampung ini. Hal ini berlaku kerana mengikut sejarah, tengkorak itu dipercayai milik lanun yang cuba untuk menyerang kampung ini. Tapi kaum Monsopiad telah Berjaya membunuh lanun tersebut dan meletakkan tengkorar lanun di pagar untuk memberi amaran kepada lanun lain yang berniat untuk menyerang kampung tersebut.

Waktu operasi: Setiap Hari (9am – 5pm)

Lokasi:

Harga Tiket: Dewasa – RM45 | kanak-kanak – RM25

Pasar Malam Sinsuran

Tempat menarik di sabah - Pasar Sinsurani

Daya tarikan utama tempat menarik di Sabah ini ialah Mutiara ! Sesuai untuk gegadis dan para ibu untuk mencari barang perhiasan untuk mereka. Disamping itu disini juga terdapat banyak gerai menjual barang cenderemata Sabah. Menarik mutiara disini ialah ia murah dan cantic. Tetapi sila berwasapada untuk mengelakkan diri anda ditipu dengan membeli Mutiara palsu. Anda boleh google untuk mencari tips lain tapi tips dari kami ialah Mutiara tidah berwarna putih sepenuhnya tetapi berwarna sedikit kekuningan tapi masih lagi putih yang bersih dan cantik. Kalau anda membeli dengan skala yang banyak anda boleh membuat tawar-menawar untuk memastikan anda mendapat harga terbaik. Disini juga anda boleh mencari keropok ikan yang putih bulat tuh. Memang sedap.

Waktu Operasi: 5.30pm – 11.00pm

Lokasi: Lorong Guamantong, Sinsuran Kompleks, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Pasar Filipina

Tempat menarik di sabah - Pasar Filipina

Bagi penggemar makanan laut disini merupakan syurga dunia buat kalian (muahaha *gelak jahat). Kenapa? Sebab disini makanan lautnya yang segar dan murah. Pastikan anda mencari kedai yang bersih, menarik dan murah. Risau anda akan tertipu nanti. Ramai peniaga disini macam lembut2 sedikit maka biasanya mereka suka pelanggan yang kacak. Maksud kami ialah cuba tawar menawar sebaik mungkin untuk mendapatkan harga yang menarik.

Waktu Operasi: Setiap Hari (5.30pm – 11.00pm)

Lokasi: Jalan Tun Fuad Stephen, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Pulau Sapi

Tempat menarik di sabah - Pulau Sapi

Nak pemandangan cantik tapi nak buat aktiviti lasak. Maka Pulau Sapi akan dapat menyelesaikan masalah kerunsingan anda. Air disini sangat cantik dan jernih. Sinaran matahari disini sangat baik untuk anda bersantai di laut. Apa yang paling menarik disini ialah Pulau Sapi mempunyai zipline yang terpanjang didunia ! Jarak panjang zipline ini merentasi Pulau Sapid dan Pulau Gaya. Anda dinasihatkan untuk datang kesini pada bulan Feb sehingga May untuk menikmati cuaca yang baik dan pemandang yang menarik. Anda tidak akan menyesal dengan cadangan tempat menarik di Sabah oleh kami untuk datang ke Pulau Sapi.

Lokasi: Pulau Sapi, Kota Kinabalu 88000, Sabah

Tambunan Rafelesia Reserve

Tempat menarik di sabah - Tambunan Rafelesia Reserve

Tak lengkap rasanya datang Sabah tanpa melihat keunikan dan keistimewaan negeri Sabah iaitu Bunga Rafelesia. Tempat menarik di Sabah ini mempunyai bunga terbesar di dunia. Rafelesia pelik sebab ia busuk dan hanya mengembang untuk beberapa ketika sekadar untuk mencari mangsa seperti lalat dan serangga lain untuk dimakan.

Waktu Operasi: Setiap hari | 8.00am – 3.00pm

Harga: RM5/ sekali masuk

Lokasi: Tambunan Raflesia Reserve, 500, 89650 Tambunan, Sabah

North Borneo Railway

Tempat menarik di sabah - North Borneo Railway

Ini merupakan salah satu lagi keunikan tempat menarik di Sabah. Kenapa? Di sabah ada stesen kereta api dan kereta api klasik yang mempunyai sejarah dan seni yang bernilai. Perjalanan yang bermula di Stesen Tg Aru (Kota Kinabalu) sehingga ke Stesen Papar (kawasan padi utama di Sabah) dan akan berakhir semula di Stesen Tg Aru. Masa perjalanan untuk perjalanan pergi dan balik ialah 4 jam ke 4 jam 15min (38.5Km/sehala) dengan melalui 4 stesen (Putatan, Kinarut, Kawang dan Papar). Merupakan sepanjang menyusuri rel-rel kereta api disini anda akan dapat melihat pemandangan di negeri Sabah yang penuh kehijauan seperti sawah padi, hutan hujan Malaysia dan beberapa pantai di pesisir pantai. Ciri-ciri klasik kereta api inggeris ini mampu memberikan satu pengalaman berharga ibarat kereta api Harry Potter. Seronok kan ?! hehehe. Anda dinasihatkan untuk membuat perancangan yang teliti dan awal jika ingin menaikinya.

Stesen dan jam pelepasan: 9.30 am di Stesen Tanjung Aru (Pastikan tiba 30min awal) | Rabu dan Sabtu sahaja

Waktu pejabat untuk urusan tiket dan lain-lain:  10am – 6pm (weekdays) | 9am – 5pm (weekend)

Harga Tiket: Dewasa dan Kanak-kanak 4 tahun ke atas (RM380) | bawah 3 tahun adalah percuma

Telefon : (6088) 318 888 | Email: reservations@suteraharbour.com.my

Alamat pejabat: 1 Sutera Harbour Boulevard, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

Borneo Trading Post

Tempat menarik di sabah - Borneo Trading Post

Disini merupakan tempat yang sesuai bagi mereka yang cinta akan barangan kraf tangan. Tempat ini akan memberikan banyak pilihan terutama kepada kaum hawa kerana terdapat banyak pilihan kraf tangan yang sesuai diletakkan di ruang tamu, dapur dan halaman rumah. Siapa lagi ingin menyumbang kepada ekonomi tempatan kalau bukan kita rakyat Malaysia sendiri, bukan ke begitu? “what you give what you get back” Mungkin sedikit hasil belian anda hari ini mampu menyumbang kepada wang Pendidikan anak-anak peniaga disini seterusnya akan menyumbang kepada ekonomi negara.

Lokasi:

Desa Cattle Dairy Farm

Tempat menarik di sabah - Desa Cattle Dairy Farm

Tempat menarik di Sabah ini merupakan antara yang paling unik dan istimewa kerana pengunjung yang hadir kesini rata-ratanya akan membuat #NewZealand , kenapa? Kerana lembu, rumput serta kesejukan di lading ternakan lembu di Kundasang ini sangat cantik dan memukaukan. Apabila anda berada disini pasti anda tidak akan terasa seperti di Malaysia. Disini terdapat susu dan aiskrim yang sedap untuk dinikmati. Anak-anak anda pasti gembira jika mereka dapat peluang memberi susu botol kepada anak lembu dan memberi rumput kepada kambing.

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00am – 5.00pm)

Harga Tiket: Dewasa MyKad: RM5 | Kanak-kanak MyKad: RM4

Lokasi: Desa Cattle Dairy Farm, 89308 Kundasang, Sabah

Taman Kinabalu (Kinabalu Park)

Tempat menarik di sabah - Kinabalu Park

Tarikan utama di Sabah sudah tentu Gunung Kinabalu itu sendiri. Mengikut sejarah, nama kinabalu berasal daripada kaum Kadazandusun iaitu Akinabalu. Aki bermaksud nenek moyang dan nabalu ialah gunung-ganang. Gunung nenek moyang ini dipercayai menjadi tempat persemadian nenek moyang oleh Kaum Kadazandusun. Taman Kinabalu merupakan muqaddimah bagi pendaki Gunung Kinabalu untuk memulakan pendakian mereka. Jika anda tidak berniat untuk mendaki disini juga terdapat flora dan fauna dengan lebih 4500 spesies untuk dilihat. Pastinya menjadi tarikan buat mereka pencinta alam semula jadi.

Lokasi : Mount Kinabalu National Park, 89300 Ranau, Sabah

Mongolian Yurt Wind

Tempat menarik di sabah - Mongolian Yurt Wind

Tidak lengkap apabila anda sudah berada di Kundasang tetapi tidak menetap disini untuk sekurang-kurangnya satu malam. Terletak 3.6Km dari pekan Kundasang. Tempat menarik di Sabah yang terbaru ini merupakan satu lagi tarikan di Sabah yang tidak boleh dilepaskan. Seni reka dan bentuk pusat penginapan disini memang sebiji sama seperti khemah penginapan masyarakat Monggolia. Dalamnya yang luas dan selesa pasti akan memberikan anda satu pengalaman yang mengujakan. Fasiliti disini lengkap dan pihak pengurusan ada menjual barangan keperluan dengan ini anda tidak perlu bersusah payah untuk ke pekan.

Lokasi:https:

Harga: Daripada harga katil queen (2 pax) RM170 sehingga RM380 untuk VIP

Tagal Luanti Sungai Moroli

Tempat menarik di sabah -Tagal Luanti Sungai Moroli

Bagi yang menginginkan kaki yang cantik maka datanglah kesini untuk merasai rawatan spa kaki dan jangan terkejut jika tukang urut anda adalah ikan Kelah ! Ikan Kelah akan makan kulit-kulit mati yang berada di kaki anda. Terbaik pengalaman disini. Kalau anda seperti admin yang mudah geli pasti akan menjadi satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Hahaha

Lokasi:

Ladang Teh Sabah

Tempat menarik di sabah -Ladang Teh Sabah

Dengan angin yang nyaman dan persekitaran yang tidak tercemar maka teh Sabah dianggap antara yang terbaik di dunia. Terletak 2272 kaki dari aras laut dan berkeluasan 6200 hektar anda akan dapat menyaksikan ladang teh yang antara terbaik didunia. Kilang teh disini juga memberi anda peluang untuk menyaksikan bagaimana prosess daripada mula dipetik, dicuci, gred sehingga ke pembungkusan. Sedapnya jika dapat minum teh panas di kawasan angin sejuk dan nyaman.

Waktu Operasi: 8.00am – 4.00pm

Lokasi: Ladang Teh Sabah, KM 17, Jalan Ranau/Sandakan Kampung Nalapak Beg berkunci No.2, 89309, Ranau, Sabah

Pulau Sipadan

Tempat menarik di sabah -pulau sipadan

Negeri Sabah memang diakui mempunyai pulau yang cantik didunia seperti Maldives dan ianya diakui oleh ramai masyrakat dunia (mohon masyarakat Malaysia bangga dan menjaga khazanah negara ini dengan baik). Tempat menarik di Sabah ini menjanjikan anda pemandangan dan koleksi terumbu karang serta ekosistem marin dengan lebih 3000 spesies ikan. Buat mereka yang ada lessen Scuba disini merupakan port yang memang terbaik untuk melihat alam laut dengan lebih baik. Jangan lepaskan peluang untuk melihat juga bagaimana proses pembiakan penyu disini. Disini memang syurga kehidupan laut dan pasti menjanjikan pengalaman dan ilmu terbaik buat anda.

Pulau Kapalai

Tempat menarik di sabah -Kapalai Island

Pulau kapalai terkenal dengan air lautnya yang biru, jernih dan pasirnya yang putih cantik. Rugi jika anda datang ke Sabah tidak bercuti di mana-mana pulau yang terdapat di Sabah. Anda boleh datang kesini dengan menaiki bot selama 15-25 min bergantung kepada cuaca. Jangan lepaskan peluang untuk menyelam didasar laut dan melihat sendiri kecantikan alam semula jadi disini. Jika anda tidak menyelam anda boleh menyewa kayak dan menikmati pemandangan yang terbaik di pulau ini.

Taman Laut Tunku Abdul Rahman

Tempat menarik di sabah -pulau sipadan

Taman Laut Tunku Abdul Rahman merupakan satu kelompak pulau yang terdiri daripada daripada Pulau gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Pulau Gaya merupakan pulau yang ada resort untuk anda menginap. Untuk aktiviti laut anda boleh pergi ke Pulau Sapi, Manukan dan Mamutik. Untuk kesini anda boleh ke Jeti Jesselton di Kota Kinabalu dan perjalanan menaik bot laju ialah 15-20 minit. Operasi di Jeti Jesselton ialah 7.30am – 5pm yang terletak bersebelahan Jabatan Kastam.

Harga Tiket:

  • Harga untuk island hoping dari serendah *D-Rm23 & K-RM18 untuk satu pulau
  • Harga untuk dua pulau,* D-RM33 & K-RM28
  • Harga untuk tiga pulau, *D- RM43 & K-RM38
  • Harga untuk empat pulau, *D-RM53 & K-RM48

Tiket ke Taman laut Tunku Abdul Rahman : D-RM3 & K- RM1 (<18 tahun)

*D (Dewasa) & K (Kanak-kanak)

Semoga segala maklumat di atas mampu memberikan cadangan terbaik mengenai tempat menarik di Sabah. lain-lain artikel menarik:

Comments

comments

Categories: Travel