Tempat Menarik di Putrajaya – 10 Terbaik 2017

Wilayah Persekutuan Putrajaya merupakan pusat pentadbiran persekutuan baru Malaysia menggantikan Kuala Lumpur bermula pada tahun 1999. Strategi ini telah memberi banyak manfaat kepada Malaysia dari segi ekonomi, politik dan sosial. Selain itu ia juga menjadi pusat pelancongan yang serba lengkap dan moden. Terdapat banyak tempat menarik di Putrajaya untuk dilawati pengunjung dalam dan luar negara. Sebagai tips kesini pastikan kelajuan pemanduan anda tidak melebihi 80Km/h apabila terdapat papan tanda Kamera Had Laju untuk mengelakkan saman.

1.Masjid Putra

Masjid Putra merupakan salah satu tempat menarik di Putrajaya. Keindahan, ketelitian dan keuinikan seni yang digunakan dalam seni binanya membuatkan ramai terpegun dengan struktur ini. Disini peluang untuk mengunjungnya diberikan kepada semua jenis masyarakat termasuk bukan Islam tetapi beberapa peraturan harus dipatuhi terutama pakaian bagi menghormati tempat ibadah umat Islam ini. Jangan lupa untuk masuk dan menikmati permandangan tasik di sekeliling masjid ini. Disini bersebalahan dengan Seri Perdana yang merupakan pejabat utama Perdana Menteri Malaysia yang mempunyai kubah masjid sebagai lambang Islam adalah agama rasmi.

Daya tarikan: Seni bina dan marmar yang berwarna  merah jambu

Lokasi: Persiaran Persekutuan, Presint 1, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia

Tiket: Percuma

No. Telefon: 60 3-8888 5678

Tempat menarik di Putrajaya Masjid Putra

2. Jambatan Seri Wawasan

Putrajaya sememangnya turut dikenali dengan jambatan yang banyak dan cantik digunakan untuk merentasi tasik Putrajaya. Anda perlu datang kesini pada waktu malam kerana ia akan berevolusi ! hehe. Jambatan disini akan bertukar warna merah jambu, unggu, hijau dan lain-lain. Sesuai untuk dijadikan tempat santai bersama sahabat andai dan keluarga.

Daya tarikan: warna yang menarik pada waktu malam

Lokasi: Lebuh Wawasan, Presint 2, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia

Tiket: Percuma

No. Telefon: +60 3-8000 8000

Jambatan lain untuk dikunjungi:

Tempat menarik di Putrajaya Jambatan Seri Wawasan

3. Taman Botani Putrajaya

Bukan setakat terdapat banyak jambatan di Putrajaya, disini juga terdapat beberapa taman yang cantik dan sesuai untuk bergambar, beriadah dan bersantai. Disini terdapat banyak jenis flora dimana sesuai untuk anak-anak anda mengenalinya selain daripada melihat di Google, Kamus dan YouTube. Disini juga terdapat pelbagai jenis Bunga Orkid bagi mereka yang sukakan berkebun. Sesuai juga untuk mereka yang sukakan aktiviti berbasikal dimana akan mendapat pengalaman yang nyaman, tenang dan selamat.

Daya tarikan: Kepelbagain jenis flora  terutaman orkid

Lokasi: Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, Putrajaya  

Tiket: Percuma

No. Telefon: +60 3-2615 8188

Tempat menarik di Putrajaya Jambatan Seri Wawasan

4. Astana Morocco

“Seperti di Morocco”, “Seperti di negara Arab” dan “Tempat yang kecil tapi sangat berseni”. Inilah merupakan ulasan pengunjung yang datang kesini. Bersebelahan dengan taman Botani ini, anda hanya perlu berjalan kaki untuk sampai kesini. Ketelitian dan kehalusan seninya membuatkan ramai kagum dengan astana ini. Sesuai juga untuk mereka yang ingin mengambil gambar terutaman gambar konvokesyen. Barulah style macam konvo kat oversea. Hehe.

Daya tarikan: Keagungan seni bina Morocco dan budaya arab

Lokasi: Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, Putrajaya

Tiket: RM3.00 (Dewasa). Dibuka setiap hari KECUALI Selasa.

No. Telefon: +60 3-8887 7770

Tempat menarik di Putrajaya Astana Morocco

5. Taman Saujana Hijau

Buat mereka yang menggemari seni ala-ala english. Maka disini adalah tempat yang sesuai untuk anda. Tempat ini telah lama terkenal dikalangan pelajar university dan juga tempat lagu pertama Aiman Tino merakamkan musik video. Disini juga terkenal untuk tempat penggambaran kahwin, model produk (terutama syarikat di Bangi Darul Butik) dan lain-lain. Maklumat terkini jika anda ingin menggunakan sepenuhnya taman ini untuk sebarang aktiviti, anda perlu mendapatkan kebenaran daripada perbadanan putrajaya. Untuk pengunjung yang hanya untuk bersiar-siar anda boleh datang pada bila-bila masa.

Daya tarikan: Kesenian taman inggeris dan kepelbagaian flora

Lokasi: Jalan P11, Presint 11, 62000 Putrajaya. 

Tiket: na

No. Telefon: +60 3-8887 7770

Tempat menarik di Putrajaya Taman Saujan Hijau

6. Taman Wetland Putrajaya

Setelah beberapa taman diatas yang hanya mempunyai flora sahaja, disini terdapat jugak fauna dan terima kasih kepada burung flamingo merah, bangau, angsa dan beberapa jenis burung yang lain. Anda boleh menyewa basikal disini dan terdapat pelbagai kemudahan/tempat untuk anda menggunakan sepenuhnya masa disini. Menara pandang jauh membolehkan anda untuk melihat pemandangan taman Wetland dari atas dengan jelas. Disini juga terdapat beberapa bot untuk anda sewa bersama keluarga dan rakan.

Daya tarikan: Kepelbagaian flora dan fauna terutama burung flamingo merah

Lokasi: Taman Wetland Putrajaya 

Tiket: Percuma. Dibuka setiap hari KECUALI Isnin

No. Telefon: +60 3-8887 7774

Tempat menarik di Putrajaya Taman Wetland

7. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin / Masjid Besi

Masjid yang dinamakan sempena tempoh pemerintahan Sultan Mizan Zainal Abidi menjadi agung 2009-2012. Mempunyai khutbah yang sangat cantik dan dikelilingi kolam yang menampakkan masjid ini seakan terapung di tengah tasik yang cantik. Materialnya yang hampir sepenuhnya menggunakan besi menjadikan ia digelar Masjid Besi. Para pengunjung dinasihatkan menghormati adat pakain disini kerana ia merupakan tempat ibadah umat Islam. Pada hari sabtu masjid yang menjadi tempat menarik di Putrajaya ini terdapat pasar tani yang menjadi tarikan penduduk disini dan anda patut datang kesini kerana terdapat banyak tapak gerai yang dibuka.

Daya tarikan: Keindahan seni bina Islam

Lokasi: Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 3, 62000 Putrajaya

Tiket:

No. Telefon: +60 3-8880 4300

Tempat menarik di Putrajaya Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Masjid Besi

8. IOI Mall Putrajaya

Merupakan pusat membeli belah yang terbaru di Putrajaya. Rugi datang ke Putrajaya tidak membeli belah atau berkunjung kerana disini bukan sahaja sekadar pusat membeli belah tetapi juga mempunyai tempat hiburan seisi keluarga. Terdapat ekstreme park untuk remaja dan dewasa, laman luncur ais yang luas dan pusat bowling yang menjadikan ia tempat menarik di Putrajaya pilihan kami.

Daya tarikan: Pusat membeli belah dan hiburan sekeluarga

Lokasi: IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, Ioi Resort 

Tiket: na

No. Telefon: +60 3-8328 8899

Tempat menarik di Putrajaya IOI City Mall

9. River Cruise Putrajaya 

Ingin melihat tempat menarik di Putrajaya dengan sedikit kelainan? Maka jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman merentas sungai menggunakan kapal yang serba mewah dan selesa. Untuk menggunakan kemudahan ini anda hendaklah membeli tiket dan menaiki di Dataran Putra yang berhampiran dengan Masjid Putra dan Seri Perdana. Terdapat dua jenis perkhidmatan utama disini antaranya bersiar menaiki kapal dan bersiar sambil menikmati hidangan. Disini terdapat 3 jenis kapal moden dan tradisional. Tempahan awal amat digalakkan untuk penjimatan 50% diskaun.

Daya tarikan: Pusat membeli belah dan hiburan sekeluarga

Lokasi: Dataran Putra, Presint 1, 62000 Putrajaya,

Tiket: RM20 (kanak-kanak) & RM30 (dewasa) | 10am – 6pm

No. Telefon: +60 3-8888 5539

Tempat menarik di Putrajaya IOI City Mall

10.Hot Air Balloon Putrajaya 

Setelah puas menikmati pemandangan Putrajaya dari darat dan air maka cubalah untuk merasai pengalaman dari udara sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih. Jika tidak boleh tenung je lah eyh. Kami pun tak mampu. Sobsobsob… Tapi yang kami difahamkan pengalamannya sangat memukau kerana perjalanan boleh bermula seawall 7 pagi dan untuk hotel yang terpilih anda akan dijemput. Sarapan turut disediakan disini. Beberapa peraturan hendaklah dipatuhi antaranya ibu mengandung tidak digalakkan, kanak-kanak harus ditemani penjaga dan hendaklah patuhi berat normal. Anda akan berada diudara selama 45 – 60 minit dan perjalanan bermula di SkyFestival Park bersebelahan McD presint 2. Anda dinasihatkan untuk membuat tempahan online untuk memahami package yang ada.

Daya tarikan: Pemandangan penuh panorama dari udara

Lokasi: SkyFestival Park, Presint 2 

Tiket: Serendah RM1000

No. Telefon: +60 3-8893 0185

Tempat menarik di Putrajaya IOI City Mall

Lagi Artikel Menarik:

Comments

comments

Categories: Travel