Tempat Menarik di Melaka 2018- Anda memang kena menginap 2 malam !

coupon discount booking.com

Melaka memang sering menjadi tumpuan bagi rakyat Malaysia dan luar negara. Di sebalik kisah sejarah Melaka yang panjang, Melaka juga telah menjadi pusat pelancongan yang hebat.  Terdapat banyak tempat menarik di melaka di samping terdapat banyak tempat makan best di Melaka yang boleh anda lawati di tahun 2018.

Pantai Klebang

Tempat Menarik di Melaka - Klebang

Pantai Klebang sememangnya menjadi lokasi wajib bagi sesiapa sahaja yang berkunjung ke Melaka. Walaupun bukan lokasi untuk mandi-manda tetapi ia menjadi tarikan utama tempat menarik di Melaka. Disini ia terkenal sebagai tempat untuk berkumpul dan santai (lepak) bersama sahabat dan keluarga. Hampir setiap minggu, disini sering menjadi lokasi utama bagi kumpulan motorsikal atau peminat kereta. Terdapat banyak tempat makan best di sini seperti Kuih Keria antarabangsa, coconut  shake klebang, dan gerai2 makanan yang best. Jangan terlepas untuk peluang menangkap gambar dengan berlatar belakangkan gurun pasir. Menarik disini pada malam minggu ialah terdapat gerai-gerai menjual baju, makanan dan lain-lain seperti di uptown. Kerajaan Melaka baru menyiapkan jalan alternatif ke bandar pada tahun 2017, maka selesai lepak disini anda boleh ke bandar Melaka.

Lokasi: Pantai Klebang, Melaka

Kapal Samudera

Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990. Sedikit mengenai sejarah adalah kapal Flor de La Mar ini merupakan kapal kebanggan oleh Portugis dan dibina dengan misi untuk menakluki Goa, India. Tujuan pembinaan muzium kapal Samudera ini adalah untuk memberi ilmu sejarah kepada para pengunjung mengenai zaman kehebatan Melaka sebagai pusat pelabuhan utama antara timur – barat dan juga menunjukkan zaman kejatuhan empayar perdagangan negeri Melaka. Terdapat banyak perkara yang kita boleh belajar dari sini terutama dari aspek politik, ekonomi dan ketenteraan.

Tempat Menarik di Melaka - Kapal Samudera

Harga Tiket  Dewasa (RM) Kanak-Kanak (RM)
Warganegara 5 3
Pelancong Asing 10 6

Lokasi: Muzium Kapal Samudera, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Taming sari

Taming sari merupakan salah satu tarikan utama tempat menarik di melaka bagi seisi keluaga dan rakan. Hal ini disebabkan Menara yang mengambil nama bersempena nama keris Hang Tuah, taming sari. Menaiki Menara Taming Sari yang berketinggian 110m, anda akan berpeluang menyaksikan pemandangan menarik di sekitar negeri Melaka dan menyaksikan selat melaka yang cantik kebiruan pada ketinggian 80m dari paras laut. Anda juga akan dapt melihat beberapa projek besar bagi kerajaan negeri Melaka dalam rancangan menjadikan Melaka pusat pelancongan yang terkemuka.

Tempat Menarik di Melaka - Menara Taming Sari

Harga Tiket  Dewasa (RM) Kanak-Kanak (RM)
Warganegara

17

11

Pelancong Asing

23

15

Lokasi: Menara Taming Sari, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Taman seribu bunga

Tempat Menarik di Melaka - Taman Seribu Bunga

Taman seribu bunga ini terletak bersebelahan dengan pejabat Menteri Besar Melaka di Bukit Katil. Tempat ini tidak jauh dari exit Ayer Keroh dan Mydin Mall Ayer Keroh. Didalam taman ini terdapat pelbagai jenis bunga dan jangan terkejut kerana terdapat juga taman Herba dengan beberapa jenis pokok herba ditanam juga disini. Disini amat sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan untuk membaca buku dan anda juga boleh kesini untuk jogging.

Lokasi: Taman Seribu Bunga (Bersebelahan Seri Negeri Melaka)

Taman Botanikal Melaka

Tempat Menarik di Melaka - Taman Botanikal Melaka

Bagi pengunjung yang hadir ke Melaka, kalian sering dihidangkan dengan tempat bersejarah di Melaka. Tidak salah tapi anda juga boleh datang kesini untuk beriadah Bersama kawan dan seisi keluarga dengan menikmati pemandangan di hutan simpan ini. Terdapat pelbagai jenis pokok yang sering terdapat hanya di dalam teman negara yang lain. Menarik disini terdapat trek untuk jogging maka disini amat sesuai untuk jogging sambal menikmati keindahan bunyi alam dan udara yang segar. Jika anda tidak larat untuk berjalan kaki maka anda boleh menaiki basikal atau buggy car.

Lokasi: Taman Botanikal, Melaka

Tarikan berhampiran Taman Botanikal ialah:

  1. Muzium Lebah – Muzium Lebah ini mempamerkan pelbagai jenis lebah dan sarang lebah untuk maklumat umum. Anda juga boleh mencuba penglaman dikelilingi lebah yang pastinya sangat menyeronokkan !
  2. Zoo Melaka – Zoo Melaka menempatkan pelbagai jenis haiwan yang sesuai untuk meningkat ilmu pengetahua anak-anak anda
  3. Taman Burung – Disini menempatkan pelbagai jenis burung dari pelbagai tempat seantero dunia. Anda pasti teruja dengan melihat burung yang cantik disini
  4. Taman Tema Air Melaka Wonderland– Merupakan taman tema air kedua terbesar di Melaka. Review ikhlas kami disini ialah 2/5
  5. Skytrex Adventure Melaka – Jika anda malas nak drive ke Shah Alam atau Pulau Pinang. Melaka pun dah ada Skytrex yang menjanjikan pengalaman yang mencabar dan menyeronokkan.
  6. Taman Mini Malaysia– Taman Mini Malaysia merupakan taman yang memberikan gambaran wajah keseluruhan Malaysia dalam skala yang kecil dengan menempatkan pelbagai jenis rumah tradisional berserta budaya dari setiap negeri di Malaysia
  7. Dataran Sejarah – Disini merupakan dataran untuk beriadah bagi seisi keluarga. Terdapat menara jam yang menarik dan cantik disini. Rugi jika tidak singgah disini

 

A Famosa Resort & A Famosa Freeport (MPO)

Tempat Menarik di Melaka - A Famosa Resort

Resort yang terletak di Bandar Alor Gajah, Melaka sering menjadi tempat yang menarik di Melaka untuk dikunjungi. Tarikan terkini di resort ini adalah Melaka Premium Outlet dengan kawasan membeli-belah  yang direka dengan seni bina Belanda kerana terdapat kincir angin seperti di Belanda. Terdapat pelbagai jenis kedai outlet seperti Nike, Hush Puppies, New Balance dan lain-lain lagi. Di A Famosa Resort merupakan tempat pelancongan yang menarik di Melaka kerana terdapat taman tema air, taman haiwan dan padang golf. Sesuai untuk dijadikan tempat percutian seisi keluarga kerana terdapat apartment dan hotel yang boleh disewa. Biasa anda hanya Nampak vuvuzuela besar di tepi lebuhraya sebenarnya ia merupakan tarikan utama di taman air ini dan jangan lepaskan peluang untuk mencubanya kerana memang seronok dan menakutkan ! hahaha

Lokasi: A’Famosa Resort, Alor Gajah, Melaka

 

River cruise melaka

Tempat Menarik di Melaka - River Cruise Melaka

Rugi jika anda tidak mencuba bersiar-siar di sekitar sungai melaka menggunakan bot yang cantik ini. Pemandangan pada waktu malam di sekitar sungai melaka terutama di kawsaan perkampungan Portugis dan bandar melaka memang memukau mata yang memandang. Anda boleh naik bot di jeti yang berhampiran dengan kapal samudera. Anda akan menyusuri 9Km sungai Melaka selama 45min. Kerajaan negeri Melaka sekarang sedang giat membesarkan dan menjaga sungai Melaka, maka sebagai penggunai marilah kita hargai sungai kita.

Contact : +606-281 4322

Masa: 9.00am – 11.30pm

Tiket:

  1. Dewasa: RM13 (Isnin –  Khamis) & RM18(Jumaat-Ahad)
  2. Kanak-kanak: RM6.50
  3. Pelajar IPTA/IPTS (membawa kad pelajar) & Warga Emas: RM10

Lokasi: Boarding Port River Cruise, Jalan Mutahir, Melaka

Kota a famosa

Tempat Menarik di Melaka - Kota A Famosa

Kota A Famosa sememangnya boleh dianggap sebagai satu ikon negeri Melaka. Sebenarnya agak sedih kerana kota A famosa diangkat seperti lembang kepada negeri Melaka. Bagaimana kota A famosa yang menjadi tanda sebagai kehancuran kehebatan kesultanan Melayu Melaka menjadi ikon di zaman moden ini. Walaubagaimanapun, sebagai pembaca dan pengunjung yang bijak kita seharusnya menjadikan ia sebagai tanda peringatan agar tidak mengulangi kesilapan yang lalu. Kota A famosa telah diistiharkan sebagai khazanah dunia iaitu bandar bersejarah oleh UNESCO. Anda boleh mendaki hingga ke atas tembok pertahanan tentera Portugis ini dan akan keluar kearah pusat membeli-belah dataran pahlawan dan muzium istana Melaka.  Apa yang anda lihat disini hanyalah sekadar peninggalan pintu masuk ke Kota A Famosa dan baki tembok anda boleh lihat di sekitar gereja merah.

Lokasi: Kota A’Famosa, Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 78000 Alor Gajah, Melaka

 

Tempat Menarik di Melaka - Tempat Makan Best di Melaka

 

 

Rumah melaka

Tempat Menarik di Melaka - Rumah Melaka

Rumah Melaka sering kali terkenal dengan seni dan kekemasanya. Terletak berhampiran dengan JPJ Bukit Katil. Tempat menarik di Melaka ini terkenal dengan kecantikan tangganya dan struktur binaanya. Disekitar rumah Melaka disini terdapat tempat untuk beriadah bagi penduduk setempat seperti gelangang futsal dan padang bola sepak. Rumah Melaka ini juga sering menjadi tempat function yang baik  untuk majlis kahwin selain menjadi tempat menarik di Melaka bagi pelancong yang datang ke Melaka. Lihat lah kehebetan seni rumah Melaka yang memang mengagumkan. Kalau kita asyik bangga dengan seni reka orang luar, siapa lagi yang patut berbangga dengan seni tempatan kalau bukan kita sendiri rakyat Malaysia.

Lokasi: Rumah Melaka, Bukit Katil, Melaka

Pantai Pengkalan Balak

Tempat Menarik di Melaka - Pantai Pengkalan Balak

Awal dulu, disini merupakan pantai yang tiada daya tarikan melainkan hanya untuk kaki pancing. Di atas inisiatif kerajaan negeri Melaka, mereka telah Berjaya membangunkan Pantai Pengkalan Balak sebagai tempat beriadah dan boleh untuk bermandi-manda. Kalau agak-agak Port Dickson penuh dan padat maka anda boleh datang kesini kerana disini tidak kurang hebatnya kerana terdapat jugak banana boat, jet ski dan sampan untuk menikmati kecantikan pemandangan disini. Kerana disini masih tidak terdapat banyak lagi hotel, maka tempat disini agak tenang dan struktur pantai masih terjaga. Anda boleh sewa homestay disini disekitar pantai Pengkalan Balak dan menikmati angin pantai yang nyaman pada waktu malam.

Lokasi: Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka

 

Masjid cina

Tempat Menarik di Melaka - Masjid Cina Melaka
Terletak berdekatan di stadium kebanggaan Melaka United. Buat mereka yang kali pertama sampai kesini pasti mereka akan tersilap menyangka tempat ini sebuah kuil atau tokong Cina tapi ini memang masjid yang direka dengan rekaan seperti kuil Cina. Tempatnya yang cantik dan persekitarannya yang bersih memang sepatutnya menjadi tarikan untuk tempat menarik di Melaka. Anda diingatkan menjaga adab ketika berada di persekitaran masjid. Disini memnag sesuai bagi mereka yang gemar untuk bergambar.

Lokasi: Masjid Cina

Masjid selat

Tempat Menarik di Melaka - Masjid Selat Melaka

Sukar untuk menjumpai masjid yang terapung atau dikekelilingi air berwarna biru cantik melainkan hanya di Masjid Selat, Melaka. Menarik disini ialah air selat melaka yang berwarna biru sememangnya menjadikan masjid ini layak diangkat menjadi salah satu masjid yang tercantik di Malaysia. Berada tidak jauh daripada pusat bandar Melaka maka anda boleh singgah kesini untuk menikmati sendiri keindahan masjid selat.

Lokasi: Jalan Pulau Melaka 8,  Masjid Selat, Melaka

Rumah 1 malaysia, Kampung Morten

Tempat Menarik di Melaka - Kampung Morten

Rumah 1 Malaysia yang terletak di Kampung Morten bersebelahan dengan hotel Swiss Garden sering menjadi pilihan untuk tempat menarik di Melaka waktu malam. Kenapa  disini menarik pada waktu malam kerana persekitaran perumahan perkampungan melayu disini dihias dengan lampu hiasan yang cantik dan seni rekanya yang menonjolkan identiti Melaka. Anda boleh menikmati pemandagan disini dengan   berjalan kaki di sekitar laluan pejalan kaki disekeliling sungai melaka. Jangan lepaskan meluang untuk bergambar di halaman rumah 1 Malaysia dan di jambatan yang terdapat disini kerana seni rekanya.

Lokasi:Kampung Morten, Melaka

Jonker walk

Tempat Menarik di Melaka - Jonker Walk

Bagi siapa yang datang bercuti ke Melaka dan tidak hadir kesini maka anda tersangatlah rugi. Jalan yang terletak didalam bandar Melaka yang diiktiraf antara salah satu bandar warisan dunia, mempunyai deretan kedai kecil yang sering menjadi tarikan untuk tempat menarik di melaka waktu malam. Terdapat pelbagai gerai pilihan untuk barangan cenderamata, makanan dan hasil kraf tangan. Maka jangan lepaskan peluang untuk menikmati makanan yang dijual disini. Kalau anda menetap di hotel di dalam bandar Melaka, anda boleh datang kesini dengan menaiki basikal tetapi anda dinasihatkan berhati-hati kerana bandar Melaka sering menjadi tumpuan pelancong maka terdapat banyak kereta dan bas.

Lokasi: Jalan Hang Jebat, Jonker Walk, 75200 Melaka

Jumpers Land, Element Mall

Tempat Menarik di Melaka - Jumper Land

Ini merupakan tarikan terbaru sebagai tempat menarik di Melaka. Takkan datang Melaka hanya kita je yang seronok, pastikan anak-anak anda juga seronok dengan percutian anda ke Melaka dengan hadir kesini. Element Mall merupakan pusat membeli-belah terbaru yang terletak di tengah bandar Melaka. Kedudukannya yang menghadap selat Melaka memang menyajikan pemandangan yang cantik dan tenang. Jumpers Land sememangnya menjadi tempat sesuai untuk kanak-kanak kerana ruangnya yang luas, selesa dan selamat pasti akan memberikan keseronokan kepada mereka dan kita. Berdasarkan pemerhatian kami, ianya adalah lebih besar berbanding Kidzoona AEON. Bayaran masuk sebanyak RM30 (weekday) dan RM38 (weekend). Pastikan anak anda memakai stokin eyh!

Lokasi: Jumpers Land, Jalan Melaka Raya 23, Hatten City, 75000 Melaka

 

Lagi Artikel Menarik:

Comments

comments

Categories: Travel