10 Tempat Menarik di Langkawi – Shopping dan Aktiviti Lasak

Tempat Menarik di Langkawi - Dataran Lang
Dataran Lang

Banyak tempat menarik di Langkawi dan kami akan memberi fokus kepada tempat shopping (beli-belah) dan juga tempat makan yang terbaru, terkini dan menarik. Untuk datang kesini anda boleh membuat pilihan untuk datang menaiki feri atau kapal terbang. Untuk urusan yang lancar dan selesa dan boleh memilih menaiki kapal terbang. Manakala, feri untuk mereka yang nak shopping banyak dan sukakan cabaran. Menaiki feri anda boleh menaiki di jeti kuala perlis – jeti pekan kuah selama sejam yang berharga RM18/pax. Dari stesen bas K.Perlis anda boleh berjalan kaki ke jeti. Tiket boleh beli online  dan di kaunter. Online bagus tapi kami tak galakkan beli untuk tiket awal pagi sebab pengalaman tiket burn. 10 pagi dan keatas okay. Pastikan setiap tempahan kereta, makan atau bot anda memperuntukkan sejam masa kecederaan. Contohnya ialah jika anda merancang untuk mengambil kereta sewa jam 10 pagi di jeti maka pastikan anda telah menaiki feri  jam 8 untuk sampai di Langkawi jam 9. stay untuk 3 hari

Kereta Kabel Langkawi

Tempat Menarik di Langkawi - Kereta Kabel Langkawi

Tempat wajib untuk anda kunjungi untuk menghayati nilai-nilai ekstetika yang menjadikan Langkawi tempat menarik untuk dikunjungi. Terdapat dua jenis Gondola disini biasa dan eksekutif (lantai lut sinar). Eksekutif memberikan pengalaman “terapung di udara” dan masa beratur yang cepat disebabkan mahal ‘sedikit’.

Dari Base Station ke Top Station, perjalanan 15min untuk jarak 2.2Km akan membawa anda ke beberapa tempat yang menarik seperti:

  • SkyBridge – jambatan penjalan kaki setinggi 700m dari aras laut
  • SkyTrail- laluan hiking antara Middle Station ke Top Station
  • SkyDome- nikmati pengalaman berada di 3 ruang alam ! Udara, darat dan air
  • SkyPos- terokai penglaman menghantar surat dari puncak gunung Machincang

Lokasi: Jalan Telaga Tujuh, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

Pantai Cenang

Pantai Cenang merupakan tempat menarik di Langkawi yang terbaik untuk bermalam dan aktiviti santai. Kenapa menarik disini ialah ia merupakan tempat tumpuan di Langkawi kerana banyak kedai duty free disini dan juga The Zone. Jalan di Langkawi banyak yang sehala, so mesti nak shopping yang dekat dengan homestay supaya senang nak simpan barang dan uruskan keluarga.

Tempat Menarik di Langkawi - Pantai Cenang

Selain itu aktiviti di Pantai Cenang juga menarik dengan harga yang berpatutan dan jangan lepaskan aktiviti malam disini dengan persembahan api. Terdapat banyak kedai makanan laut disini yang sesuai untuk kawan-kawan dan keluarga

Lokasi: Pantai Cenang Langkawi

Island Hoping

Aktiviti wajib yang anda lakukan sekiranya berada di Langkawi kerana anda akan berpengalaman untuk mengenali Langkawi lebih dekat. Anda boleh dapatkan pakej lawatan anda di sekitar Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Big Lion Island. Bawah merupakan bajet harga untuk pakej island hoping. Kisah Dayang bunting yang menarik.

Tempat Menarik di Langkawi - Tasik Dayang Bunting

Lokasi: Jeti Teluk Baru. 

ISLAND HOPING
(Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah, big lion island for eagle feeding) 4hours trip
8 orang RM 250 RM 300
10 orang RM 300 RM 350
15 orang RM 400 RM 450

Pastikan anda membuat tempahan sehari sebelum untuk melancarkan percutian anda. Berhati-hati dengan pemandu bot yang meminta caj tambahan untuk anda gunakan jaket keselamatan di Tasik Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah. Bawak makanan dan air secukupnya kerana jarak dan masa yang panjang anda akan berasa lapar dan tiada kedai makan di pulau.

 

Idaman Suri

Tempat menarik di Langkawi ini menjadi syurga buat suri rumah kerana mempunyai 1001 corak dan pilihan untuk dipilih. Mengapa ramai wanita yang sanggup menaiki feri selama sejam adalah disebabkan barangan disini yang hampir 50% murah berbanding di luar Langkawi. Kami cadangkan anda membawa extra luggage untuk perkakas dapur. Dibawah merupakan pilihan jenama yang ada disini:

Tempat Menarik di Langkawi - Idaman Suri

  • Tefal
  • Corelle
  • Joseph Joseph
  • HappyCall
  • Pyre
  • CorningWare

Lokasi: Idaman Suri 

Skytrex Langkawi

Buat yang hati kental boleh lah kesini! Yang jenis gayat dan penakut boleh jadi tukang tangkap gambar. Hehehe. Kawasannya lebih luas daripada shah alam dan lebih seronok. Berat maksima adalah 100Kg. Rugi tak cuba terutamanya yang sedang berbulan madu. Orang kata cabaran kat sini boleh memberikan gambaran sedikit sebanyak cabaran akan datang. Harga tiket RM50-RM70/pax.

Tempat Menarik di Langkawi - Skytrex Langkawi

Lokasi: Jalan Teluk Yu, Kampung Kok, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

Contact: +60 19-280 5679

Waktu Operasi: Setiap hari | 9am-6pm

Langkawi Canopy Adventure

Masih belum puas? Anda boleh sambung perjalanan mencabar anda disini yang juga tempat menarik di langkawi. Pengunjung boleh merentasi hutan dan memanjat pokok dengan ziplining  dan abseiling. Aktiviti ini sesuai untuk anda bersama kawan-kawan menunjukkan jaguh anda. Hahaha. Harga bermula dari RM180

Tempat Menarik di Langkawi - Canopy Adventure

Lokasi: No 1176, Jalan Batu Belah Batu Bertangkup, Kampung Bukit Lembu, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

Contact: +60 12-466 8027

Waktu Operasi: Setiap hari | 9am-6pm

Island Horses

Jika anda mempunyai bajet yang lebih, boleh datang kesini untuk merasai pengalaman menunggang kuda disini. Terdapat 3 jenis pakej disini dari bersiar-siar bersama kuda ataupun merentas hutan dengan kuda.

 Aktiviti

Masa (Minit) Harga (RM)
Fun Ride 15 60
Tunggangan Tepi Pantai/ Hutan 60 240
Jungle Trail 60

440

Tempat Menarik di Langkawi - Island Horses

Lokasi: Lot No. 1666, 67 & 68, Jalan Telaga 7 (Seven Wells Waterfall), Mukim Padang Matsirat, Kedah Darul Aman, 07100 Langkawi, Kedah, Malaysiah 

Contact: +60 4-959 4753

Waktu Operasi: Setiap hari | 7pg – 11pg dan 4ptg – 6ptg

 

Underwater World Langkawi

Terletak bersebelahan The Zon, tempat yang menempatkan lebih 200+ spesies hidupan air akan menjadi tempat menarik di Langkawi buat anak-anak anda. Tarikan utama disini ialah penguin yang comel dan gemuk-gemuk. Disini terdapat sekumpulan penguin yang cukup mencuit hati dan puas hati melihat mereka bermain dan berenang. Jangan lupa juga untuk menyaksikan terumbu karang yang cantik disini. Rugi jika anda tidak mencuba makanan di gerai-gerai berhadapan Underwaterworld seperti laksa dan kerabu Maggie.

Tempat Menarik di Langkawi - Underwater World Langkawi

 Jenis Dewasa (RM) Kanak-Kanak (RM)
Warganegara 36 26
Pelancong Asing 46 36

Lokasi: Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia 

Contact: +60 4-955 6100

Waktu Operasi: Setiap hari | 10am – 6pm

The Zon & Haji Ismail Group

Dua pusat beli belah yang terkenal di Langkawi. Anda boleh pilih dimana sahaja anda suka dan harga ditawarkan mungkin berbeza sedikit. Ramai mengatakan HIG yang murah tapi hasil tinjauan The Zon lebih murah. Mungkin promosi kedua-dua ini berbeza pada waktu-waktu lain. Akhrinya kami membeli di kedua-dua tempat, hahaha. Coklat rare yang tidak terdapat diluar Langkawi juga banyak dijual disini dan nasihat kami belilah coklat yang rare sebab kalau beli yang sama harga dia hanya beza tak sampai seringgit di luar. Ada yang lagi mahal ! Jadi, bijak-bijak lah membeli.

Tempat Menarik di Langkawi - The Zon Duty Free

Tempat Menarik di Langkawi - HIG Duty Free

Lokasi:

a. Haji Ismail Group: Jalan Pandak Mayah, Pusat Bandar Kuah, 07000 Kuah, Kedah, Malaysia 

b. The Zone:  Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia 

Langkawi Wildlife Park

Bagi kami disini lebih hebat berbanding Zoo Negara kerana haiwan yang terjaga dan bersih serta mempunyai kuantiti yang lebih banyak walaupun agak kecik saiznya berbanding Zoo Negara. Menarik di sini ialah anda dapat memberikan makanan kepada binatang disini berdasarkan panduan yang telah ditetapkan disini. Terdapat lebih 20+ spesies burung dari dalam dan luar negara dan 150+ spesies haiwan yang lain. Menarik disini ialah terdapat raccoon yang manja, arnab yang jinak serta buaya yang besar. Dalam perjalanan kesini dari pecan kuah anda boleh melihat pemandangan laut biru yang cantik di sekitar pengkalan laut Langkawi.

 Jenis Dewasa (RM) Kanak-Kanak (RM)
Warganegara 24 16
Pelancong Asing 39 22

Tempat Menarik di Langkawi - Wildlife Park

Lokasi: Lot 1485, Kampung Belanga Pecah,, Jalan Ayer Hangat, Kampung Belanga Pechah, 07000 Langkawi, Kedah

Contact: +60 4-966 5855

Waktu Operasi: Setiap hari | 8.30am – 6pm

Lagi Topik Menarik:

Resepi Kek Batik

 

Comments

comments

Categories: Travel