Admin harap post ini mampu memberikan kebahagian dan kegembiraan buat pembaca yang mungkin sedang menghadapi masalah dan stress di rumah atau di tempat kerja. Semua orang ada tekanan hidup masing-masing. Maka mohh lahh kita jawab teka teki lucu ini. Admin harap anda tidak stress pulak fikir jawapan teka teki lawak ini ! hahaha ;p

Himpunan koleksi teka teki lawak buat hiburan pembaca.

Koleksi teka teki lawak dan lucu ini mempunyai 15 soalan teka teki yang menguji minda dan kreativi anda. Semoga kalian semua sampai ke soalan terakhir! Teka teki lucu ini mempunyai jawapan dan jangan lah buka jawapan dulu kalau tak, hilanglah keseronokannya nanti . hahaha

Soalan 1

Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang tak boleh tengok matahari?

Katak di bawah tempurung.

 

Soalan 2

Batu apakah yang tidak akan pernah dijumpai di dalam laut?

Batu karang – tuh lah dah lah kurang minum air jarang pastuh suka makan garam XD

 

Soalan 3

teka teki lucu dan lawak

Bayangkan, anda berada di dalam sebuah bot yang sedang karam dan buaya sedang menanti untuk memakan anda. Bagaimanakah caranya untuk anda menyelamatkan diri?

Berhenti bayangkan ! memang rozeki boyo dah tuh haa. Hahaha

 

Soalan 4

teka teki lawak dan lucu

Jika Haziq berusia 4 tahun dan adiknya, Janna Nick berusia separuh daripada umur Haziq. Berapakah umur Haziq jika umur Janna Nick sekarang 28?

30 lah. Kalau tak dapat kira sampai dapat. Hehehe

 

Soalan 5

Pada suatu hari, sebuah kapal layar pergi ke China untuk menyaksikan sukan olimpik. Kapal itu belayar menuju ke arah timur. Kemanakah asap kapal itu akan pergi?

Kapal layar pakai angin, mana ada asap.

 

Tahniah dah berjaya ke soalan ke-5 untuk teka teki lawk dan lucu ini. Berpeluh? Geram? Lawak? Jomm jawab lagi ke soalan seterusnya.

teka teki lawak dan lucu

Soalan 6

Siapakah yang hilang kepala di waktu pagi, dan ada semula kepala di waktu malam?

Bantal busuk hampa lah. Hahaha

 

Soalan 7

teka teki lawak dan lucu

Apakah permainan kegemaran angkasawan?

Moon – nopoly (marah ke tuh 😊)

 

Soalan 8

Ada 3 sekawan pergi mandi-manda di kolam renang. Tapi lepas mandi, hanya 2 orang yang rambutnya basah. Kenapa yang lagi seorang ni tak basah?

Yang sorang tuh muda-muda dah botak licin. Hehe

 

Soalan 9

Dalam satu pertandingan lumba lari, anda telah berjaya memotong pelari di tempat ke-2. Jadi, sekarang anda di tempat yang ke berapa?

Kedua lah. Hahaha

 

Soalan 10

Ada lima ekor cicak kat dinding,
Dua ekor cicak tengah gaduh,
Yang menang tepuk tangan,
Yang kalah mestilah jatuh,
Tinggal berape ekor cicak?

3 lah sebab yang tepuk tangan jatuh jugak …mana boleh cicak melekat dua kaki je, hahaha. kaki ke tangan? sama je. muahaha

 

Dah nak masuk ke lima soalan terakhir ni. Mohon kuatkan minda dan imaginasi anda untuk mengharungi baki teka teki lawak dan susah ini dengan jayanya. hahaha

Soalan 11

Di Arab dia besar di China dia kecil ada pada ayam tiada pada itik

Huruf A. renung-renungkan. hehe

 

Soalan 12

Apa benda yang kita boleh tengok dengan cermin tetapi tak boleh ditengok dengan mata kepala kita sendiri?

Telinga sendiri lah. Wakaka

 

Soalan 13

teka teki lawak dan lucu

Kenapakah doktor menutup mulut dan hidung semasa melakukan pembedahan?

Kalau tutup mata macam mana nak bedah. Hahaha

 

Soalan 14

teka teki lawak dan lucu

Bagaiamanakah tempe boleh mengeratkan hubungan dengan yang tersayang?

Cakap je “Tempe-mu disisi, duniaku tiada lagi kebahagiaan” hahaha

 

Soalan 15

Saya ada 6 mata, dua mulut dan 3 telinga, siapakah saya?

Hodoh. Hahaha. Mustahil Allah cipta kita dengan rupa yang hodoh. Maka bersyukur lah eyh tuan2 dan puan2.

 

Hahaha. Berdekak tak? Masih bertenaga dan tak puas? Jom ke soalan bonus teka teki lucu dan lawak. Kalau ada beran jomm lah uji minda lagi. (post ini untuk yang banyak tenaga kreativiti je) hehehe

 

Soalan Bonus Teka Teki Lawak, Lucu dan Susah

teka teki lawak dan lucu

Soalan 1

Kenapa Superman selalu pakai baju ketat je?

teka teki lawak dan lucu

Sebab dah terang-terang saiz baju dia S kat dada dia tuh. Hehehe

 

Soalan 2

Bapa Fakhrul mempunyai 4 orang anak, mereka ialah Ahmad, Ali, Abu dan…?

Fakhrul. Hehehe

 

Soalan 3

Apakah yang bulan Disember ada, dan bulan lain tiada?

Disember. (sep sikit siapa yang lahir bulan Disember) hahaha

 

Soalan 4

Seekor monyet, tupai, dan burung berlumba memanjat pokok kelapa. Di antara monyet, tupai, dan burung, yang manakah akan mendapatkan pisang terlebih dahulu?

Pokok kelapa mana ada pisang. Hahaha 😊 XD

 

Soalan 5

Apakah yang lebih kelakar daripada 24?

25! Hahaha (kalau tak pernah tengok spongebob memang anda rugi!)

 

Jom Baca Artikel Menarik yang lain:

Comments

comments

Categories: Hiburan