Solat Dhuha dan Doa Dhuha

Solat dhuha merupakan solat sunat yang sangat dituntut. Terdapat banyak hikmah yang boleh didapati jika mengamalkan solat ini. Jika anda tidak mampu untuk bangun pagi untuk solat sunat maka jangan lepaskan nikmat dan peluang untuk melakukan solat sunat dhuha yang penuh ganjaran dari Allah S.W.T

Bilakah Waktu Terbaik Solat Sunat Dhuha?

Sebaiknya adalah 15minit selepas terbit matahari seawal 7.30 pagi dan 15 minit sebelum matahari gelincir iaitu sebelum 1.00 petang. Buat mereka yang bekerja anda boleh melakukan solat pada waktu minum pagi sekiranya anda ada kekangan masa untuk keluar pejabat. Buat pelajar anda boleh gunakan pada waktu rehat dan meminta kebenaran daripada guru kelas.

Solat Dhuha Waktu

Kelebihan Solat Dhuha

  1. Dimurahkan rezeki- Ini kerana Allah membuka pintu rezeki seluas-luasnya pada waktu pagi
  2. Menghapuskan Dosa
  3. Memberikan ketenangan pada rohani dan jasmani

Solat Dhuha Rezeki

 

Cara Melakukan Solat Dhuha

Solat Sunat Dhuha boleh dilakukan secara bersendiri atau berjemaah. Boleh membaca surah-surah pendek pilihan atau membaca ayat kursi dan surah Al-Kafirun pada rakaat pertama manakala surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua.

1. Niat

Solat Dhuha Niat

“Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”

2. Bilangan Rakaat

Boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan satu salam. Anda boleh melakukan sebanyak 6 kali salam iaitu 12 rakaat.

Doa Dhuha

Solat Dhuha Doa

“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu, (Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik)Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah, dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.”

 

Akhir kalam, marilah kita mencari masa untuk Allah nescaya Allah akan lebih menyayangi kita dan bersama-samalah kita mengajak kearah kebaikan. Assalamualaikum w.b.t

Lagi Artikel Menarik:

Comments

comments

Categories: agama