Resepi Kek Batik – Sedap. Ringkas. Menarik

Resepi Kek Batik - Sedap dan ringkas

Resepi kek batik ini bukan untuk wanita sahaja tetapi boleh juga lelaki kerana apa yang penting ialah anda minat untuk membuat kek atau biskut. Hari ini kami nak berkongsi resepi kek batik yang paling mudah, ringkas dan menarik. Anda boleh buat sambil-sambil tengok tv, tengok movie atau bermain dengan anak-anak. Anda boleh google untuk resipi yang pelbagai bergantung kepada kreativiti masing-masing.

Resepi Kek Batik: Bahan-Bahan

28 oz (800g/ 1 bungkus) Biskut Marie

1 cup (100g) nuts (walnuts, hazelnuts). Kalau tidak mahu kacang pun tidak mengapa

Resepi Kek Batik - Biskut Marie

 

Adunan Coklat

  • 1 cup (200g) gula
  • 1/2 cup (60g) serbuk koko / serbuk milo
  • 1 cup (240 ml) air
  • 2/3 cup (150g) mentega
  • 1 tsp ekstrak vanilla

Resepi Kek Batik - Buttercup Butter

Topping Coklat

  • 1/2 cup (120 g) whipping cream (35% fat)
  • 4 oz (120g) bittersweet/dark chocolate, dipotong halus

Resepi Kek Batik: Cara membuat:

  1. Resepi kek batik yang pertama ialah hancurkan Biskut Marie dan masukkan ke dalam bekas besar. Hancur pakai tangan je tak perlu pakai pengisar. Kalau nak lebih kemas boleh ketuk didalam plastik.
  2. Panaskan kuali untuk kekacang kita. Potong halus kekacang kita dan letakkan di atas kuali panas selama 5 minit dan boleh terus masukkan kedalam bekas yang berisi biskut marie tadi. Anda boleh skip langkah ini jika tidak menggunakan kekacang.
  3. Untuk persediaan adunan coklat, campurkan serbuk coklat atau milo atau kedua-duanya sekali kedalam periuk bersaiz sederhana. Masukkan air suam secukupnya dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan mentega atau nak sedap pakai buttercup sebab dia wangi dan rasa lebih ummphh. Plastik buttercup tadi jangan buang kerana ada kegunaanya sebentar lagi.
  4. Letakkan periuk kita diatas api yang bersaiz sederhana selama 7-8 minit dan kacau sehingga mentega dan adunan coklat tadi menjadi sebati. Api jangan terlalu besar sebab takut mendidih nanti dia terpecik dah rugi. “Coklat/milo tuh mahal” kata mak. Hahaha. Setelah selesai tambah ekstrak vanilla dan sejukkan selama 8-10 minit.
  5. Campurkan adunan coklat yang telah sejuk bersama campuran biskut dan kekacang. Gaul kesemua bahan ini menggunakan sudip atau senduk yang besar sehingga ia sebati atau Nampak cantik rata.
  6. Resepi Kek Batik - Biskut Marie dan Coklat
  7. Pindahkan adunan biskut + coklat tadi kedalam bekas yang boleh ditutup. Nak lagi baik boleh gunakan bekas non-stick yang berbentuk bulat. Kalau anda tiada bekas non-stick boleh gunting kertas mengikut bekas anda dan lekatkan kertas tadi menggunkan baki buttercup yang terdapat pada plastiknya. Ini untuk memudahkan anda mengeluarkan kek daripada bekas. Barang-barang ini beli online je senang
  8.  Ratakan adunan kita sehingga rata dan cantik menggunakan sudu atau senduk.
  9. Tutup bekas kita tadi dan sejukkan didalam peti ais untuk tempoh 30 -60 minit. Pastikan kek kita tadi telah sejuk dan mampat sepenuhnya sebelum mengeluarkannya semula
  10. Untuk penyediaan topping atau krim coklat, panaskan whip cream sehingga ia hampir untuk menggelegak.
  11. Campurkan bittersweet/dark chocolate bersama whip cream yang telah panas tadi. Kacau sehingga sebati.

Resepi Kek Batik - Krim Coklat12. Letakkan krim coklat tadi diatas kek batik yang telah sejuk selama hampir satu jam. Ratakan krim dan simpan semula kek batik ini kedalam peti ais. Sejukkan untuk tempoh 3-4 jam atau lebih baik biarkan ia semalaman.

Resepi Kek Batik - dekorasi13. Akhir sekali ikut kreativiti anda untuk hiasan di atas kek batik anda. Takkan nak sama macam orang lain kan, mestilah nak special sikit. Selamat mencuba dan makan bersama insan tersayang. 🙂

 

Lagi Topik Menarik:

Comments

comments

Categories: Resepi