Makanan Terbaik Untuk Minda- Makanan Sunnah

Mencari makanan terbaik untuk minda adalah sangat penting dalam kehidupan kita. Minda yang cerdas mampu menjana insan yang berkualiti dalam apa jua bidang yang diceburi. Minda yang cerdas bukan sahaja fokus semata-mata untuk menjadi cerdik tetapi juga untuk meningkatkan fokus minda, menguatkan kekuatan mental dan membolehkan berfikiran dengan lebih efektif dan rasional. Suka kami kaitkan makanan minda merupakan makanan sunnah Nabi kita Muhammad S.A.W kerana sudah memang terbukti didalam al-quraan dan juga kehebatan baginda serta sahabat-sahabat dalam befikir dan menghafal ayat al-quraan.

1. Makanan Terbaik Untuk Minda: Kurma

Makanan terbaik untuk minda Kurma

Ramai yang sedia maklum dengan kelebihan buah kurma kerana sering menjadi makanan pilihan sebagai alternatif untuk bekalan tenaga dalam bukan Ramadhan.

Antara kelebihan buah kurma adalah:

  • Terdapat banyak mineral, vitamin, serat dan antioksida
  • Tinggi kandungan Potassium,k yang baik untuk saraf otak
  • Meningkatkan tenaga batin dan mencegah kanser
  • Baik untuk pembentukan otak bayi didalam kandungan ibu

Kurma adalah sangat baik untuk pelajar kerana mampu membekalkan tenaga dan khasiat yang tinggi. Bekalan ini mampu mengelakkan pelajar daripada mudah mengantuk ketika mengulangkaji pelajaran atau menduduki peperiksaan.

2.Makanan Terbaik Untuk Minda: Madu

Makanan terbaik untuk minda Madu

Merupakan makanan yang banyak disebut didalam ayat Quraan serta makanan utama didalam syurga kelak mempunyai seribu satu khasiat yang boleh diamalkan merupakan makanan terbaik untuk minda juga.

  • Mempunyai antioksida (Pinocembrin) yang tinggi dan baik untuk otak manusia
  • Mempunyai vitamin, mineral dan enzim yang penting untuk badan
  • Mampu menjadi ejen penyembuh kepada penyakit dan juga luka

Madu yang baik ialah madu yang tidak akan dimakan semut (kerana panas) dan likat. Madu yang biasa terdapat di pasaraya bagi kami macam telah banyak bahan campuran seperti air dan gula. Kami biasanya membeli di sekitar masjid terutama pada hari jumaat atau di kawasan lebuhraya seperti Tapah atau Alor Gajah ke Pedas/Linggi. Cara memakannya boleh dengan sehari satu sudu teh atau campurkan bersama air suam.

3.Makanan Terbaik Untuk Minda: Buah Tin

Makanan terbaik untuk minda buah tin

Demi buah Tiin dan Zaitun, Dan Gunung Tursina, Serta negeri (Makkah) yang aman ini, – Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (At-Tiin: 1-4)

 

Buah yang terlalu istimewa sehingga terdapat surah At-Tin sempena namanya. Melalui kajian saintifik yang dilakukan, buah yang tidak berbiji ini mampu menghentikan buasir dan boleh menyembuhkan sakit –sakit badan. Melalui proses pengeringan khasiat yang boleh didapati daripada buah tin ini:

  • Meningkatkan keupayaan bahan antioksida plasma
  • Mempunyai 6X lebih kalori berbanding buah lain
  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan sodiumnya yang rendah
  • Penyembuh untuk diabetes dan mengurangkan risiko kanser payudara dan prostate
  • Membekalkan tenaga yang tinggi dan meningkatkan daya memori otak

Buah ini  boleh didapati di kebanyakkan kedai dari penjual arab sekiranya kita tidak mampu untuk pergi ke negeri Arab. Buah Tin atau nama lainnya buah Ara mampu memberikan manfaat kepada setiap lapisan umur

4. Makanan Terbaik Untuk Minda: Kismis

Makanan terbaik untuk minda Kismis

Kismis atau anggur kering telah menjadi makanan pilihan untuk para sahabat dan ulama’ untuk menghafal, menimba ilmu dan menjaga kesihatan. Kelebihanh lain yang tersirat didalam kismis ialah:

  • Menguatkan daya ingatan dan menghindarkan masalah pelupa
  • Mengurangkan tekanan dan menguatkan jantung
  • Baik untuk koordinasi deria manusia seperti mata,telinga dan rasa
  • Menerangkan hati dan menyihatkan otak

Kismis merupakan makanan yang mudah didapati dan bagus untuk dijadikan makanan ringan anak-anak supaya menjadi habit yang baik.

5. Makanan Terbaik Untuk Minda: Habbatus Sauda

Makanan terbaik untuk minda Habbatus Saudah

Nigella Sativa merupakan nama saintifik habbatus sauda dan turut dikenali sebagai biji bawang, biji bunga adas, jintan hitam, kalonji dan ketumbar Rom. Mempunyai 3 elemen yang penting seperti thymoquinone (TQ), thymohydroquinone (THQ) dan thymol serta kalsium, zat besi, antioksidan, anti-kulat dan anti-bakteria memberikannya kelebihan seperti berikut:

  • Meningkatkan daya ingatan
  • Menjadi penyembuh penyakit hati
  • Mengawal diabetis
  • Merawat penyakit asma
  • Merawat eczema

Terdapat banyak lagi kelebihan habbatus sauda yang mempunyai rasa pedas dan sedikit pahit. Anda boloeh amalkan dengan memakan bijinya, meletakkan didalam masakan atau menggunakan ekstrak minyak biji ini.

6. Makanan Terbaik Untuk Minda: Minyak Zaitun

Makanan terbaik untuk minda Minyak Zaitun

Minyak zaitun sering menjadi pilihan masyarakat barat dalam masakan mereka kerana mereka sudah tahu mengenai kelebihannya tetapi tidak bagi masyrakat kita. Rata-rata masyarakat kita tidak menggunakannya kerana harganya yang mahal tetapi mungkin kita boleh mengambil langkah inisiatif dengan menggunakannya sehari dalam seminggu.

Masyrakat hanya biasa menggunakan minyak zaitun untuk sapuan dan minyak rambut tetapi bahan ini mempunyai lebih lagi khasiat untuk dinikmati.

  • Kaya dengan omega 3 dan omega 6 yang baik untuk otak
  • Tinggi dengan antioksida dan lemak sihat
  • Mampu menurunkan paras kolestrol, masalah jantung dan mengawal tekanan darah
  • Membantu meningkatkan kognitif otak dan sistem memori

Mengikut FDA, anda boleh mengamalkannya dengan memakan secara terus 2 sudu sehari. Ikut kesesuaian anda sama ada pagi atau malam. Makan secara belebihan tidak akan memberikan kesan buruk melainkan isi dompet anda akan cepat berkurang.

7. Makanan Terbaik Untuk Minda: Susu

Makanan terbaik untuk minda susu kambing

Terdapat 3 jenis susu yang utama iaitu susu ibu, susu kambing dan susu lembu. Mengikut ranking susu ibu adalah susu terbaik di dunia dan diikuti rapat oleh susu kambing dan berbeza jauh dengan susu lembu. Pelik? Memang ini faktanya, susu kambing hampir menyamai kebaikan susu ibu tapi bukan susu lembu. Susu kambing tidak akan menyebabkan alahan atau keradangan seperti susu lembu. Susu kambing mempunyai kebaikan 2X lebih dari susu lembu kerana mempunyai lebih nutrisi, vitamin, protein, kalsium dan lemak baik untuk otak.

  • Menghasilkan semula sel-sel yang sakit/rosak didalam badan
  • Meningkatkan system penghadaman dan memberi kesan positif kepada otak
  • Meningkat sistem imunisasi

Pada masa kini, telah telah terdapat ramai pembekal susu kambing segar yang tidak seperti dahulu. Kualiti pemprosesan dan pembungkusan produk ini telah berjaya mengekalkan khasiat. Mengikut sunnah, adalah lebih elok susu kambing diminum secara terus setelah susu kambing diperah.

Akhir kalam, marilah bersama-sama kita mengamalkan makanan sunnah yang merupakan makanan terbaik untuk minda dan jasmani dan seterusnya melakukan lebih kajian terhadapnya agar masyarakat bukan islam mampu menerima kehebatan makanan nabi ini.

Sedikit perkongsian daripada Dato Dr. Fadzilah Kamsah

 

 

Lagi Topik Menarik:

Comments

comments

Categories: agama