Doa untuk Peperiksaan Anak-Anak

Ramai pihak berpendapat berdoa didalam bahasa sendiri adalah lebih baik tetapi tidak salah jika kita berdoa dalam bahasa syurga ( bahasa arab) untuk lebih ganjaran. Disini kami akan berkongsi beberapa doa untuk peperiksaan anak-anak yang menjadi pilihan yang baik untuk diamalkan.

Selamat Menduduki Peperiksaan

Pesanan juga untuk para ibubapa, walau apa jua keputusan anak-anak. Maka ingatlah bahawa mereka sebenarnya telah melakukan dengan yang terbaik mungkin ujian dan rezeki daripada Allah yang menentukan segalanya.

Doa Memasuki Dewan Peperiksaan

Pesanlah kepada anak-anak agar masuk dengan langkah kanan dan perbanyakkan selawat keatas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.

Doa untuk peperiksaan anak anak

Maksud ayat: Dan katakanlah: “Wahai tuhanku, masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar dan mulia; dan berikanlah kepadaku daripadaku daripada sisimu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

Mulakan peperiksaan dengan bertawakal merupakan amalan orang Islam, kerana setelah berusaha untuk menjawab peperiksaan dengan terbaik maka berserah lah kepada yang Maha Esa. Selain itu, persiapkan juga kesihatan emosi dan jasmani anak-anak agar mereka tenang ketika hendak berperang didalam dewan peperiksaan.

Doa Menerima Kertas / Ujian

Doa untuk peperiksaan anak anak

Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa” [artinya: Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah].

Doa ini memberi maksud bahawa hanya Allah yang berkuasa menentukan senang atau susah sesuatu urusan itu. Maka berdoalah kepadaNya agar dipermudahkan peperiksaan anak kita.

Doa Dipermudahkan Urusan

Rabbi Yassir....

“Allahumma yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin.” Maksud ayat: “Ya Allah Permudahkanlah Jangan Dipersulitakan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan.”

 Semoga urusan anak-anak anda dipermudahkan Allah. Tips lain ialah berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W sebanyak 11X. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ Allahumma salli `ala muhammadin wa’ali muhammad.

Doa Memulakan Ujian

Doa Memulakan Ujian

lau anzalna hadzal-qur-ana ‘ala jabalil laro-aitahu khosi’am mutashoddi’am min khosyatillah(i) wa tilkal-amtsalu nadhribuha lin-nasi la’allahum yatafakkarun (QS 59 Surah Al Hasyr ayat 21)

Sekiranya Kami turunkan Al Qur-an ini kepada sebuah gunung, pastilah kamu akan melihatnya tunduk terpecah-belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir.
Didoakan supaya anak-anak kita mampu menempuh apa jua cabaran yang bakal dihdapinya.

Doa Ketika Lupa

Doa ketika lupa

Subhana man la yanamu wa la yashu”Pasti ketika didalam dewan peperiksaan pelajar atau anak-anak kita akan lupa sedikit mengenai apa yang telah dipelajarinya mungkin disebabkan terlalu gementar dalam menghadapi peperiksaan yang besar. Semoga doa ini mampu membantu anak-anak yang sedang resah kerana terlupa isi-isi penting dalam peperiksaan.

Doa Memohon Kejayaan

Doa Memohon Kejayaan

Allahumma inni as aluka ‘ilman naafi’aa wa rizqan toyyibaa wa ‘amalan mutaqabbalaa
 
“Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang manfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima.”
(HR. Ibnu As-Sunni dan Ibnu Majah)
Akhir kata, dari apa jua keputusan maka itu adalah kehendak dariNya. Berdoalah agar kejayaan mengiringi hasil usaha anak-anak anda. Jangan lupa juga untuk melakukan ibadah sunat dhuha untuk sebagai amalan memurahkan rezeki anda dan anak-anak.
Lagi Topik Menarik:

Comments

comments

Categories: agama