Doa Solat Tahajud dan Solat Sunat Tahajud

Doa Solat Tahajud sering dibaca selepas solat sunat tahajud dilakukan. Solat Tahajud ialah solat yang dilakukan pada waktu malam selepas tidur sebentar. Solat sunat tahajud menjadi bukti seorang hamba yang ingin mendampingi Allah. Doa juga adalah bukti pengharapan seorang hamba kepada pencipta yang maha agung.

“Kalau tidur 5 minit selepas solat isyak dan solat sunat tahajud pukul 9.30 malam boleh ke?”

 

Doa Solat Tahajud Malam

Sudah tentu boleh. Ini disebabkan anda telah lepas dua syarat wajib iaitu waktu malam dan tidur sebentar. Waktu afdal untuk melakukan solat ini ialah diantar jam 2-3 pagi iaitu dua per tiga malam. Pada waktu ini adalah waktu mustajab doa dan waktu yang sangat tenang untuk beribadah.

Allah berfirman yang ertinya;

“Dan bagunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah ‘sembahyang tahajud’ padanya sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan engkau pada hari akhirat ditempat yang terpuji”

 Hikmah Melakukan Solat Sunat Tahajud

 

Doa Solat Tahajud Hikmah

Solat malam sudah menjadi amalan para nabi dan orang-orang soleh sejak zaman dahulu. Rasulullah SAW sendiri tidak pernah meninggalkan solat Tahajjut walau satu malam pun sehingga kedua-dua kaki baginda bengkak-bengkak kerana terlalu banyak berdiri. Baginda bersabda yang ertinya;

“Solat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat malam (solat tahajjut)” (H.R Muslim)

  • Doa dimakbulkan Allah.
  • Memperolehi ketenangan jiwa.
  • Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah.
  • Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
  • Merasai diri hampir kepada Allah.
  • Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
  • Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
  • Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
  • Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
  • Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
  • Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
  • Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
  • Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.

Rukun Solat Sunat Tahajud

1.Niat

أُصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksud: “Sahaja aku solat sunat tahajud dua rakaat, kerana Allah Taala”

  1. Bacaan didalam solat:
  • Selepass membaca Al-Fatihah pada rakaat pertama, baca ayat Kursi (1 kali/7 kali)
  • Selepass membaca Al-Fatihah pada rakaat kedua, baca Surah Al-Ikhlas (1 kali/11 kali)
  • Selepas memberi salam, baca selawat seberapa banyak sekurang-kurangnya 10 kali:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Doa Solat Tahajud

اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُوْرُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ ، وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيَّامُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ رَبُّ السَمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ أَنْتَ الْحَقُّ ، وَوَعْدُكَ الحَقُّ ، وَقَوْلُكَ الحَقُّ ، وَلِقَائُكَ الحَقُّ ، وَالْجَنَّةُ حَقٌ ، وَالنَّارُ حَقٌ ، وَالسَّاعَةُ حَقٌ ، اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ ، وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ ، وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ ، وَبِكَ خَاصَمْتُ ، وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ ، فَاغْفِرْلِي مَا قَدَّمْتُ وَأَخَّرْت وَأَسْرَرْتُ وَأَعْلَنْتُ ، أَنْتَ إِلَهِي ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

Maksudnya : “Ya Allah ! BagiMu kepujian, Engkau cahaya di langit dan di bumi, bagi Engkau kepujian, Engkau yang mendirikan langit dan bumi, bagi Engkau kepujian, Engkau Tuhan di langit dan di bumi dan segala yang terkandung padanya, Engkau Yang Maha Benar, dan janji engkau adalah benar, dan percakapan Engkau adalah benar, dan bertemu dengan Engkau adalah benar, dan syurga adalah benar, dan neraka adalah benar, dan hari kiamat adalah benar, Ya Allah ! KepadaMu aku telah berserah, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu aku bertawakal, dan kepadaMu aku bertaubat, dan kepadaMu aku mengadu, dan ke arah Engkau aku menghakimi, ampunilah dosa-dosa yang telah aku dahulukan dan kemudiankan dan rahsiakan dan lahirkan, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau”

Tips Bangun Solat Malam

  • Tidak mengambil makanan berat dan makan terlalu lewat
  • Tidur awal
  • Berselawat dan membaca doa tidur
  • Berwudhuk sebelum tidur
  • Berdoa dan berniat untuk bangun solat malam

 

Doa Solat Sunat Tahajud Wudhu

Akhir kalam, marilah kita bangun solat malam untuk mengejar fadilat yang dijanjikan oleh Allah S.W.T. Semoga Allah memberikan kita hidayah dan petunjuk dalam menguatkan iman dan ketaqwaan. Assalamualaikum w.b.t

Lagi Artikel Menarik:

Comments

comments

Categories: agama